Aku dan kehidupan

`Dan belanjakanlah daripada yang telah kami(Allah) berikan rezeki kepada kamu sebelum seseorang kamu didatangi maut, lalu berkata: Wahai Tuhan! mengapa tidak engkau undurkan saja umurku pada satu masa yang dekat, nescaya aku akan bersedekah dan menjadi orang yang soleh, padahal Allah tidak akan menangguhkan ajal sesuatu jiwa bila sampai ajalnya. (Al-Munafiqun:10-11)

Abdur Rahman ucap syahadah melalui telefon




IRONINYA, jika dilihat persekitaran beliau dibesarkan iaitu di Amerika Syarikat, pastinya sesuatu yang dirasakan luar biasa atau pelik apabila pemuda Korea yang membesar dengan didikan agama Kristian telah menemui hidayah Ilahi di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam.

Pun begitu, bagi umat Islam yang sentiasa didedahkan dengan konsep qada dan qadar Allah tidak dapat menafikan takdir ketentuan Ilahi yang dilalui oleh Abu Abdur Rahman. Apa lagi, dirinya sejak kecil pernah menetap selama lima tahun di negara-negara yang didominasi oleh umat Islam.

Menceritakan serba ringkas latar belakang ibu bapa, kata Abu Abdur Rahman, orang tuanya berasal dari Korea Selatan serta dibesarkan dengan fahaman ateis (orang yang tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan).

Namun, pada usia mereka menjangkau remaja mereka beralih kepada agama Kristian sehingga memegang pangkat dan kedudukan tertinggi di gereja.

Apabila Abu Abdur Rahman lahir, dia telah dibaptiskan, seterusnya membesar dalam suasana kehidupan Kristian bersama adik lelakinya.

Pekerjaan bapanya yang mengetuai bahagian pembinaan syarikat Hyundai Corporation menyebabkan mereka sering mengalami perpindahan terutamanya apabila pembukaan tapak-tapak pembinaan baru syarikat.

Kata Abu Abdur Rahman, mereka pernah bermastautin di Indonesia kira-kira selama dua setengah tahun. Pada ketika itu, usianya masih terlalu kecil, membantutkan kenangan pada waktu itu.

Berbanding ketika menetap di Riyadh, Arab Saudi meskipun dalam tempoh masa yang sama seperti di Indonesia, namun kenangannya masih segar dalam ingatan Abu Abdur Rahman.

Malah kata beliau, ia adalah pengalaman paling bermakna kerana menjalani kehidupan yang serba mewah. Pun begitu, pengalaman hidup bermasyarakat di sana sangat berbeza bagai langit dengan bumi.

Sikap sombong diri masyarakat Arab, sehingga kini meninggalkan bibit-bibit kebencian bapanya. Lantas sikap prejudis dan diskriminasi bangsa inilah mencetus kepada idea bapa untuk berpindah semula ke AS.

"Pada masa itu, saya berusia 10 tahun. Jadi boleh dikatakan kami dua beradik menghabiskan masa di kota metropolitan itu, lagak seorang warga Amerika.

"Sungguhpun saya bergaul dengan semua kumpulan etnik yang ada, namun ada jurang wujud dengan orang Asia, terutamanya orang Korea. Di sekolah menengah saya mempunyai seorang teman baik bernama AC," jelasnya.

Selepas sekolah menengah, kata Abu Abdur Rahman, mereka berpindah ke bandar lain dan menyambung pengajian ke peringkat kolej. Ibu bapa telah kembali ke Korea, jadi secara tidak langsung, beliau sudah terbiasa hidup berdikari cuma tidak dari segi kewangan.

Kehidupan bebas

"Kehidupan bebas ketika di kolej inilah telah membawa saya jauh menyimpang. Apa tidaknya, saya sudah mula berjinak-jinak dengan minuman keras dan kehidupan sosial yang bebas. Biarpun saya sedar, apa yang dilakukan itu memudaratkan diri tetapi saya tidak mengendahkannya.

"Saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada AC memberitahu yang dia telah Muslim. Meskipun, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan pada peringkat awal, namun lama kelamaan, saya melihat perubahannya begitu drastik.

"Perubahan itu begitu menganggu sehingga saya kategorikan AC sebagai seorang pengikut yang fanatik," akuinya yang pada masa sama, cuba menjauhkan diri daripada AC.

Sehinggalah pada cuti musim panas, Abu Abdur Rahman kembali ke Korea. Kalau sebelum ini dia akan tinggal di rumah AC berbanding di rumah orang tuanya tetapi pengislaman AC menyebabkan wujud jurang di antara mereka. Lantaran itu, Abu Abdur Rahman menumpang di rumah teman lain.

Sebaik mengetahui kepulangannya, AC terus menemui Abu Abdur Rahman ketika dia sedang menghadiri majlis tari menari. Semalaman itu, mereka berdua berbual panjang mengenai agama sehinggalah masuk waktu Subuh.

AC terus mempelawa Abu Abdur Rahman menemaninya ke masjid untuk bersolat sebelum mereka bersarapan.

"Ketika di situlah saya lihat suasana yang cukup unik dan jauh berbeza seperti di gereja. Apa tidaknya, umat Islam daripada pelbagai etnik bangsa solat berjemaah dalam satu saf. Sudah pasti, ia suasana yang sukar ditemui dalam mana-mana agama kecuali Islam.

"Kemudian kami dijemput bersarapan di rumah salah seorang daripada teman AC. Banyak yang kami bincangkan dan ketika melangkah keluar dari rumah itu, tuan rumah tersebut telah menghadiahkan senaskah terjemahan al-Quran berbahasa Inggeris kepada saya.

"AC mahu saya berjanji untuk membacanya. Saya membalas dengan senyuman berat," kata Abdur Rahman sebelum mereka berpisah.

Ketika di kolej, rutin kehidupannya berjalan seperti biasa. Ada juga dia menerima panggilan daripada AC bertanyakan jika dia sudah membaca terjemahan al-Quran.

"Belum lagi, tetapi saya akan," itulah kata-kata yang terbit setiap kali ditanyakan AC.

Petang itu, sewaktu sedang duduk melepas lelah kerana selesai mentelaah, dia terpandang naskah terjemahan al-Quran di atas rak-rak kayu yang semakin diselaputi habuk itu. Terlintas di benak Abu Abdur Rahman, tidak salah sekadar membacanya lantas terus mencapai buku itu.

Sebaik terbaca terjemahan yang bermaksud: Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa (al-Baqarah: 2) tidak semenamena Abu Abdur Rahman bagaikan dikejutkan daripada lamunan.

"Begitu jelas dan tepat kata-kata itu. Sama ada buku ini, satu kebenaran atau satu penipuan," itulah yang terlintas di fikirannya sebelum terus menyambung bacaan.

"Saya semakin tertarik dengan kata-kata di dalam buku itu sehingga tidak sanggup melepaskannya. Pada masa sama, hati saya mengakui kebenarannya. Bacaan saya terhenti dek deringan telefon pada pukul 6 pagi. Rupa-rupanya, AC di talian.

"Seperti biasa dia bertanyakan khabar dan dalam perbualan ringkas itu, AC bagai dapat menghidu sesuatu perubahan pada saya.

"Terpacul dari mulut saya pertanyaan yang tidak disangka-sangka oleh AC iaitu bagaimana untuk bergelar Muslim. AC lantas mengajarkan saya dua kalimah syahadah melalui telefon, Amin," cerita Abu Abdur Rahman di laman web Islamonline.net.

Tulisan dari: Utusan Malaysia

puasa kembalikan kita kepada fitrah

UMAT Islam masih bergembira menyambut Aidilfitri setelah menunaikan ibadah puasa. Persoalan yang perlu dibicarakan sekarang ialah apakah agenda seorang Muslim selepas Ramadan?
Hal ini penting ditelusuri kerana beberapa faktor.
Pertama, ibadah berpuasa tidak harus dipandang secara terpisah daripada ibadah lain. Ini kerana ia mempunyai kesinambungan daripada misi keseluruhan ibadah di dalam Islam.

Kedua, perbincangan mengenainya akan memberi peringatan berterusan kepada umat Islam iaitu kejayaan melaksanakan ibadah berpuasa tidak bererti mereka sudah memenuhi keseluruhan maksud ibadah yang sebenar. Ibadah berpuasa mempunyai kesan atau implikasi sosial yang penting di dalam rangka menjayakan cita-cita besar agama Islam di muka bumi ini.Apakah cita-cita besar agama Islam dan kaitannya dengan ibadah berpuasa? Sekiranya ditelusuri, cita-cita besar agama Islam ialah mengembalikan masyarakat kepada aturan hidup yang berasaskan kejadian fitrahnya. Bagi tujuan itu, ibadah berpuasa adalah salah satu proses yang perlu dilalui bagi mencapai cita-cita besar ini.Sebagaimana yang dibahaskan oleh banyak tulisan, pelaksanaan ibadah puasa secara sempurna oleh seseorang Muslim akan memberi kesan besar di dalam mengembalikan diri kepada fitrah kejadiannya. Ibadah puasa ialah satu bentuk latihan kerohanian bagi membangunkan jiwa yang kental.

Sepanjang sebulan yang lalu, kita dilatih menahan diri daripada terjebak di dalam perbuatan yang bertentangan dengan aturan fitrah kehidupan. Di dalam perspektif agama, aturan fitrah ini dikenali sebagai syara’. Apabila seseorang itu dapat mengatur perjalanan hidupnya berasaskan syara’, ia bererti seseorang itu telah mengembalikan dirinya kepada kehidupannya yang fitrah.

Keupayaan kembali kepada fitrah adalah suatu kemenangan besar dari sudut kerohanian. Menerusi pandangan ini, sambutan Aidilfitri adalah sebahagian daripada manifestasi perayaan kemenangan diri insan kembali kepada fitrah kejadiannya. Namun, apakah pula tugas dan peranan seseorang individu Muslim selepas berjaya mengembalikan dirinya kepada aturan fitrah kejadiannya? Sudah tentu mereka harus berusaha sedaya upaya pula untuk mengembalikan masyarakat dan kehidupan persekitarannya kepada aturan fitrah juga. Ia bererti seseorang Muslim itu hendaklah membabitkan diri di dalam memperbaiki dan memperbaharui masyarakat agar berada di dalam suatu aturan hidup yang disandarkan kepada hukum sosial dan alam yang bersifat sejagat.

Agenda mengembalikan masyarakat kepada aturan fitrah yang dimaksudkan adalah cita-cita dan misi utama penurunan agama Islam di muka bumi ini. Cita-cita bagi merealisasikan agenda ini diamanahkan kepada para nabi terdahulu. Kini, amanah ini menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua sebagai warga umat Islam. Di dalam sejarah awal perkembangan Islam di Makkah, agenda mengembalikan masyarakat kepada aturan fitrah terjelma di dalam usaha dakwah Nabi Muhammad SAW memperbaiki dan memperbaharui masyarakat Arab pada waktu itu yang terjebak dengan penyelewengan daripada aturan fitrah kehidupannya.

Fenomena penyelewengan daripada aturan fitrah ini dapat dilihat dalam aspek pencemaran dari sudut kepercayaan dan perleluasaan budaya hidup yang meruntuhkan. Amalan menjadikan berhala sebagai jelmaan tuhan yang disembah dan pemecahan masyarakat berasaskan warna kulit dan darjat kaum atau kabilah adalah antara contoh penyelewengan aturan fitrah yang dialami masyarakat Arab.

Proses mengembalikan semula masyarakat daripada fenomena penyelewengan ini kepada aturan fitrah dianjurkan Islam menerusi pengenalan semula prinsip kepercayaan yang lurus menerusi konsep Tuhan yang Esa atau ‘Tauhid’ dan mempertegaskan konsep perhubungan sosial bersandarkan prinsip kesaksamaan sesama manusia atau juga dikenali sebagai ‘Ummah’. Dua konsep ini menjadi sebahagian tema utama dakwah dan misi kerasulan Nabi Muhammad kepada masyarakat Arab secara khusus dan umat manusia seluruhnya. Pada masa kini, tugas mengembalikan masyarakat kepada aturan fitrah bertambah kompleks dan mencabar.

Penyelewengan manusia daripada aturan fitrahnya meliputi segenap aspek seperti pemikiran, kebudayaan dan perhubungan sosial. Masyarakat dunia kini terdedah dengan pelbagai aliran berfikir dan ideologi. Sebahagiannya seperti ajaran sesat dan pemikiran dan cara hidup bebas boleh memberi mudarat kepada aturan fitrah kepercayaan serta kefahaman manusia mengenai Tuhan dan kehidupan. Penyelewengan aturan fitrah juga tergambar di dalam permasalahan perbezaan taraf hidup yang melampau antara golongan kaya dan miskin. Kedapatan sesetengah masyarakat yang masih kekurangan sumber makanan dan peluang pendidikan manakala sesetengah yang lain bermewah dan berlebihan. Keadaan yang sama juga dapat dilihat di dalam hubungan perseteruan antara kaum dan negara yang masih lagi berleluasa.

Dunia hari ini masih lagi belum kesepian daripada masalah peperangan dan penjajahan. Dari segi kelestarian kehidupan, dunia kini sedang berdepan ancaman perubahan cuaca. Iklim dunia sudah tidak menentu lagi. Kerakusan manusia terhadap sumber alam menyebabkan peningkatan bencana alam seperti banjir, ribut dan gempa bumi yang melampau. Kesemua ini adalah antara contoh permasalahan dan cabaran kehidupan moden yang menuntut pembabitan langsung umat Islam bagi proses pembaikan dan pembaharuan. Ia sebahagian fenomena ketergelinciran kehidupan manusia daripada aturan fitrah kejadiannya. Oleh kerana itu, tugas mengembalikan semula masyarakat kepada aturan fitrah adalah agenda terbesar ibadah bagi setiap Muslim.

Semoga kita semua sudah bersedia terutama dari sudut ketahanan diri dan kekentalan jiwa setelah berjaya melepasi latihan rohani menerusi ibadah berpuasa sebulan yang lalu. Marilah kita menyumbang usaha dan tenaga di dalam batas keupayaan yang kita miliki bagi menjayakan agenda dan misi besar agama Islam ini kepada seluruh masyarakat manusia di muka bumi ini.

Sumber: Berita harian ,Penulis ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

Boikot israel

Berusahalah untuk tidak membeli barangan
Israel atau dengan ertikata Yahudi

Pencuri yang paling handal


Bercerita mengenai israk dan mikraj, saya ingin menyentuh satu bab sahaja, iaitu takkala Nabi s.aw dan malaikat jibrail a.s berhenti di masjid.., Nabi telah mengikat buraq di tiang berhampiran masjid sebagai mana binatang lain seperti unta, kuda dan sebagainya.

Di sini timbul soalan lebih kurang maksud yang di tanya oleh malaikat jibaril a.s, kenapa ikat tali buraq itu pada tiang? Bukankah buraq tidak akan lari? Dan tiada siapa yang mampu mencuri buraq kerana ia adalah makhluk syurga.
(Nota untuk mualaf: Buraq adalah…aargh sila rujuk ustaz lah yer )

Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda lebih kurang maksud, Aku takut ummat ku juga tidak mengikat binatang ternakan mereka dan mengaggap ini adalah sunnah, padahal jaga(pelihara) dahulu harta kamu, dengan ikhtiar seperti kunci, ikat dan sebagainya barulah bertawakkal pada Allah.

Di sini jelas menunjukkan bahawa setiap dari orang islam di tuntut untuk menjaga harta dengan ikhtiar, dan barulah bertawakkal kepada Allah. Saya nak tanya tuan-tuan semua.. apakah harta yang paling berharga? Hari ini Allah dah bagi banyaaaaaaak nikmat kat kita semua, ada kereta, rumah, anak, kerja dan sebagainya,
W.A.L.A.U.B.A.G.A.I..M.A.N.A.P.U.N.!!!!
Nikmat-nimat ni Allah bagi belaka (semua). Macam handphone, dulu org kaya jer boleh pakai, tapi la ni budak tadika pun boleh pakai. Begitulah jugak nikmat dunia ni yg mana Allah bagi belaka walaupun org tu pijak Al-quran, hina NAbi, tak nak solat., minum arak dan mereka2 yg kafir serta murtad.. Kenapa Allah bagi nikmat sebegitu banyak kepada mereka? Sebab dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini hanyalah bangkai, sampah dan najis. Kalaulah dunia ini ada nilai setaraf dengan sebelah kepak nyamuk sajapun, maka pasti Allah tak akan bagi walaupun seteguk air kepada org kafir.

Tuan tuan yang saya muliakan…Nikmat yg sebenar-benar nikmat adalah IMAN!!!.. Org kafir yg kaya raya, ayam itik penuh reban, lembu kambing penuh kandang tapi apabila mereka mati tanpa iman maka mereka akan kekal dalam api neraka selama-lamanya.. Donald Trump atau Bill gates sekalipun, jika mati tanpa iman mereka akan kekal selama-lamanya dalam neraka…Tapi org islam walaupun ada iman sebesar zarah pasti masuk syurga akhirnya.

Di beritakan syurga yang paling kecil adalah 10 kali ganda lebih besar dari dunia ini..malahan menjadi pemerintah yg lebih hebat berkali ganda dari kerajaan Nabi Sulaiman, manakala rakyat pula terdiri daripada malaikat dan bidadari…nikmat mana lagi yg kita hendak dustakan? Tuan tuan yang saya muliakan…
Akan tetapi oleh kerana iman adalah benda yg berharga maka dah tentu ada pencuri, kereta kita kunci, rumah kita kunci sebab benda itu berharga dan bimbang takut ada org curi. Dah kunci baru bertawakkal, macam Nabi ikat buraq. Oleh yang demikian, Iman, adalah yang paling paling berharga, maka lagilah pencuri suka untuk mencurinya. Siapa pencuri iman? Syaitan lah pencuri iman yg paling handal. Dia dah bersumpah untuk matikan anak adam tanpa iman!!! Kalau pencuri masuk kat rumah kita curi peti ais, televisyen dll, tapi saya rasanya pencuri tak akan curi lampu sebab lampu panas. Nasib baiklah engkau panas wahai lampu..hahaha Pencuri tu tak ambil pun duit satu sen yg kita punya baki bayar bil api/air.., pencuri tu tak ambik gambar aweks kita yang tersangkut kat dinding, tapi syaitan bila dia masuk dalam hati kita, dia akan curi iman kita walaupun sebesar zarahpun dia ambik!!! Oh..syaitan dah bersumpah untuk maksukkan anak cucu Adam a.s sedaya-upayanya ke dalam neraka!!!

Tuan tuan sekalian, Syaitan sangat faham nilai iman, Syaitan faham bahawa org yg ada iman sebesar zarahpun akan masuk syurga akhirnya.. Iman adalah paling berharga sekali dalam dunia ini sebab jika kita beli kayu api, kita tahu bukan, berapa nilai kayu api ? Selonggok berapa ringgit ? Kita juga tahu nilai gula, sekilo berapa ringgit ? Dan kita juga tahu nilai emas, 1 gram berapa ringgit ?, Tapi iman, dia punya measurement dia bukan takat kilo, gram, miligram, tapi zarah!!!!, Menunjukkan betapa berharganya iman sehingga satu zarahpun di kira…!!! SubhanAllah!!! Maha Suci Allah. Dengan nilai satu zarah inilah, maka kita boleh dapat Syurga yg paling kecil, tapi luasnya adalah 10x ganda dunia. Menjadi raja yg Lebih Hebat dari kerajaan Nabi sulaiman a.sYg mana rakyatnya adalah malaikat dan bidadari..Dan kekallah mereka di dalam shurga selama-lamanya..
Tuan tuan sekalian, Maka kerana itulah Syaitan akan usaha seratus-peratus untuk curi semua iman kita walaupun sebesar zarah… Bagaimana setan curi iman kita? Huh! Dengan masukkan dunia yg busuk macam bangkai, sampah dan najis ke dalam hati kita melalui mata tengok dunia, mulut cakap hal2 dunia, telinga dengar kebesaran dunia dan otak hari2 duk fikir pasal dunia- dunia- dunia!!!! Allah cukup marah org yg cakap urusan dunia kat masjid!!! Tertolak amalan kebaikkan..ohhh tidakk…

Tuan tuan sekalian, Iman ni macam darah, dalam badan, jika kita tiru aksi mat rempit, lalu kita tersalah ambik koner, lalu lutut tersangkut kat jalan dan bergeser seperti kelapa di parut, maka tergolek berok lah kita dan darah mula mencurah curah keluar dari lutut, siku dan bahu seperti pili bomba bocor, seperti kicap pecah, seperti tembikai terhempas… Maka begitulah di ibaratkan dengan iman, bila kita buat dosa tersalah jalan hidup, dan tersangkutlah ke lembah maksiat, terjerumus ke lereng dosa dan noda, maka iman dalam diri mula mencurah curah keluar dari mata yang lihat maksiat, telinga yang dengar maksiat, mulut yang cakap maksiat, dan otak yang selalu khayal akan perkara maksiat, iman keluar seperti pili bomba bocor, atau dalam hadith bagitahu seperti anak panah yang di lepaskan…!!! Na’uduzubillah!!!! Arakian, jika mat rempit tadi yang dah cedera parah di bawa masuk ke hospital, maka si mat rempit ini perlu di masukkan kembali darah ke dalam badannya, akan tetapi darah yang nak di masukkan tak boleh masuk sekaligus, tapi kena masuk dengan kadar setitik setitik, bergantung kepada jumlah darah yang hilang, maka dah tentu ambik masa, so, kena duduk lama lama sikit kat hospital. Dah tu pulak, si pesakit ni tak boleh ‘buas’, err maksud saya, kena duduk diam2, kalau tak nanti darah yang masuk itu tersumbat, so, si pesakit tadi kena duduk diam–diam sampai darah dah habis darah masuk, kalau nak sembuh laa,.. Arakian, begitulah jugak kita semua termasuk saya sendiri terutamanya, yang mana jika dah banyak buat maksiat, iman dah banyak kurang, maka kenalah kerap masuk masjid, lebih 5 kali sehari,Duduk dalam suasana iman lama lama, telinga kena dengar banyak kebesaran Allah, mata kena lihat banyak kebesaran Allah, hati kena fikir banyak kebesaran Allah, dan mulut kena selalu banyak cakap akan kehebatan dan kebesaran Allah. Dan iman yang masuk adalah melalui mujahadah, sedikit-sedikit macam darah setitik setitik, so, kena duduk lama lama sikit dalam masjid, lepas salam, jangan terus lompat keluar masjid, sebab itu adalah ciri ciri orang munafik, tak boleh duduk lama sikit dalam masjid, macam burung dalam sangkar..ishh. Tapi kalau ada orang yang terus keluar, kita tetap kena bersangka baik, kalau tak kita pulak yang jadi munafik….ohhh tidakk… Dah tu pulak, bila duduk dalam masjid tak boleh ‘buas’, err maksud saya kena duduk diam-diam, kena jaga, mata, telinga, mulut, fikiran dan yang paling penting: jaga hati!!!, kalau tak nanti iman terhalang dari masuk kedalam hati…
Hati ni macam tasik yang mana ada 4 sungai mengalir ke hati, iaitu sungai mata, telinga, mulut dan fikir,, sekiranya salah satu anak sungai ini kotor, maka kotorlah seluruh hati. Sebagai contoh, mata suka melihat maksiat, sedangkan 3 lagi-Ok, maka hati tetap akan kotor walaupun anak sungai yang lain baik, walaupun telinga, mulut dan fikir baik, kerana kesemuanya mengalir ke temapt yang sama…masuk dalam hati. Maka keempat-empat sumber ini sangat perlu di jaga!!! Jika hati baik, bermakna akan baiklah tangan, kaki, kuku dan lutut dan lain lain…insyaAllah

Tuan tuan sekalian, Syaitan berusaha merosakkan hati manusia. Syaitan tak menjelma ganggu kita punya solat, sebab Syaitan faham, dengan membisikkan pada hati perkara yakin pada selain Allah juga ada kuasa maka sudah berlaku syirik. Dosa syirik tidak terampun masa jadi mayat kelak, masa hidup boleh lagi minta ampun dengan Allah. Saya takut bila yakin selain dari Allah ada dalam hati, maka jadilah syirik, ini soal hati yang paling besar, sebab tu ada syikrik kecil, iaitu yakin jugak dengan makluk lain. Na’uzubillah, ini org munafik biasa buat. Sebenarnya antara sebab musabab manusia masuk neraka ni bila manusia itu syirik dengan Allah.
Apa itu syirik?

Syirik adalah apabila kita yakin selain Allahpun ada kuasa, macam kita yakin : -ubat boleh bagi sembuh -kunci boleh jaga barang -Makan boleh kenyang -Tidur boleh hilangkan ngantuk -Garu boleh hilangkan gatal -insurance boleh menjamin masa depan -tongkat ali boleh pagi ‘power’ dan seribu sebelas ratus lagilah!
Maka bila kita yakin pada makhluk : maka syiriklah kita! Macam org kafir yg sembah berhala, mereka yakin makhluk berhala tu boleh bagi manfaat pada mereka atau majusi sembah api. Pendek kata selain dari Allah adalah makhluk, dan makhluk langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat..bila kita yakin pada makluk2 nih. Maka syiriklah kita, dan Allah telah berjanji akan mencampakan org yg syirik walaupun syirik kecil ke dalam neraka, maka kerana itulah Allah campakkan orang dalam NERAKA kerana Allah dah janji. Sesiapa yg buat jahat sebesar zarah pun! Allah akan kira dan Allah-lah tuhan yang MAHA MENUNAIKAN JANJI!(subhanaAllah)

Yang tak de iman..isk… MEREKA KEKAL DALAM NERAKA SELAMANYA. And it’s never ending story lor….ohh tidakkk….
Tuan tuan yang mulia, Bila kita berusaha untuk memperelokkan hati, maka hati akan jadi baik, dan baiklah seluruh anggota badan yang lain! Dan insyaAllah, takkala malaikat maut ambil nyawa kita kelak, maka dari hati yang penuh dengan kebesaran Allah, dapatlah mengucapkan kalimah “La ila hail lallah!!!”(kalimah tauhid) Dan sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah tauhid di akhir kalam : maka wajiblah syurga untuknya!!! Oleh yang demikian, marilah kita berazam untuk taat segala perintah Allah, ikut cara RAsulullah s.a.w.

Untuk perkara ini, saya minta agar mengzahirkan niat kita semua, boleh insyaAllah? Satu cerita benar yang di ambil dari kitab, kejadian ini pernah berlaku pada zaman dahulu.
Satu org jahat telah bunuh 99 org dan nak bertaubat, berjumpa dengan satu org alim. Orang alim kata, kamu ni ahli neraka, maka si jahat ini bunuh lagi dan dah jadi seratus. Hinggalah berjumpa dengan org alim yg ke 101, dan org alim itu kata , kamu masih boleh bertaubat dengan syarat kamu kena keluar dari kampong kamu yg ramai org jahat tu ke kampong sebelah yg ramai org baik, maka si jahat ni pun balik rumah dan telah mebuat PILIHAN untuk menjadi baik, maka dia BUAT PERSIAPAN dan terus MELANGKAH KE KAMPUNG BAIK.
Dalam perjalanan, dengan izin Allah dia ditimpa maut. Mati tanpa sempat bertaubat. Malaikat punya faham, si pembunuh 100 org ni adalah ahli Neraka, tapi Allah buat keputusan bahawa dia adalah ahli Syurga. KENAPA? Kerana dia mati dalam keadaan mengzahirkan niatnya. Ada riwayat tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang sungguh banyak di akhirat, dia menafikan, tapi di beritahu kepadanya dulu waktu di dunia dia telah menzahirkan niatnya iaitu ketika berjalan dengan sahabatnya maka dia berkata, kalaulah aku ada emas sebesar gunung ini, maka akan aku korbankan pada jalan Allah!!! Lihat, kerana sudah menzahirkan niat, maka ianya di kira oleh ALLAH!!! MAKA marilah kita buat niat sekarang, bukan saja niat nak jadi baik, tapi kita kena ZAHIRKAN NIAT ITU! Pembunuh dalam cerita di atas masuk syurga kerana dia mati dalam keadaan menzahirkan niat baiknya! Dan Allah terima dan redha dengan niat baiknya. Maka, marilah kita mengzahirkan niat baik kita.
Kalau tuan tuan jadi mayat ini malam, tapi sebab dah zahirkan niat, maka Allah akan kira kebaikan untuk tuan tuan!!! Maka, perkara yang boleh kita belajar di sini adalah siapa-siapa yang menzahirkan niat untuk jadi baik, maka sekiranya dia mati lepas menzahirkan niatnya itu walaupun tidak berjaya menjadi baik lagi, lalu mati, insyaAllah dia di kira ahli syurga!!! Untuk perkara ini, saya minta agar menzahirkan niat kita, boleh insyaAllah

Google sedang merampas YOUTUBEISLAM.com mari bantu Sheikh yusuf Estes


ALIH BAHASA ATAS PERMINTAAN SEORANG RAKAN...
[PENGUMUMAN: Berkuatkuasa mulai 5 Ogos 2009 Google (pemilik YouTube.com) akan mengambil alih domain: YOUTUBEISLAM. COM.]
Daripada: Sheik Yusuf <mailto:sheikyusuf@yahoo.com>
Date: Ahad, 26 Jul 2009 pada 3:19 AM
Perkara: GOOGLE Sedang Dalam Usaha Mengambilalih Laman Web YOUTUBEISLAM Dari Tangan Kita Untuk Membuat Keuntungan Kewangan dan Menyebarkan Dakyah Kufur.

mailto:yusuf@bridgetofaith.com Bismillahi Rahmani Raheem Assalammualaikum (salam sejahtera atas kamu), Saya memerlukan bantuan kalian, insyallah. Tolong bantu dengan melakukan beberapa perkara untuk kami dan untuk Islam, insyallah.

Pertamanya baca utusan ini dan sertai kami bersama dengan orang-orang beriman kepada Allah untuk menyekat jenayah keji lagi jijik yang akan diperlakukan oleh beberapa kerat individu yang sangat berkuasa lagi sangat rakus. Batu kami dengan menghebahkan maklumat ini dalam jaringan internet serata dunia - kita boleh melakukannya, insyaallah. Izinkan saya bermula dari peringkat awalnya . . .

Bolehkah anda bayangkan betapa terkejutnya saya apa menerima satu email menyatakan domain laman web kami (YOUTUBEISLAM. COM) sedang dalam usaha untuk diambil alih oleh GOOGLE and their video site - YOUTUBE? Kami diberitahu lebih kurang seperti berikut:
NOTICE: Effective August 5th, 2009 Google (pemilik atau tuan punya YouTube.com) akan mengambil alih domain anda bernama: YOUTUBEISLAM. COM. Walaupun pihak kami telah membeli dengan sah nama domain "YOUTUBEISLAM. COM" dan pembiayaannya telah diperbaharui untuk beberapa tahun mendatang melalui GODADDY.COM malangnya GOOGLE memiliki pengaruh yang sangat besar dan kuat untuk mengambil alih begitu sahaja nama domain milik kami - walaupun bayaran telah pendahuluan telah dibuat oleh pihak kami.

Pertama, peguam mereka menghubungi kami mengatakan mereka akan mengambil nama domain kami atas alasan kami telah meniru logo mereka. (Cuba lihat log tersebut http://www.youtubeislam.com/images/logo.gif) Mereka kemudiannya juga menyatakan bahawa nama domain kami sangat menyerupai nama milik mereka.    
Dengan itu kami mengubah nama dan susunatur supaya menjadi: Yo Utu Beis Lam.com dan kami telah mendaftarkannya sebagai tanda perdangangan. Kami ubah imej dan log supaya melambangkan nama baru domain kami. Mereka kata mereka telah melakukan tindakan "arbitration" (sudah barang tentu kami tidak pernah diundang menyertai perbincangan tersebut) dan then our registrar (GODADDY.COM) dan terus memberi notis yang mereka akan memindahkan domain kami kepada GOOGLE. Kami sentiasa mengawasi dan menjaga nilai peradaban yang tinggi apa yang terpapar dalam laman kami - kami tidak membenarkan sebarang siaran video yang tidak berfaedah, tidak juga kami menyiarkan sebarang video yang memburukan kepercayaan agama lain. Tidak ada khidmat menemukan pasangan lelaki dan wanita. Bahasa kesat dilarang.

Kesemua unsur maklumat sesuai untuk tontonan keluarga. Kami bayar bandwidth dengan biaya kami sendiri. Tidak pernah pengunjung dihantar melalui laman web kami ke mana-mana laman lain untuk menyerang kepercayaan agama atau mengejek kepercayaan agama lain, tidak ada satu pun tindakan dari laman web kami yang boleh menyebabkan ada pihak lain yang tersinggung. Diatas semua itu kami juga tidak menyiarkan sebarang iklan terutamanya iklan dari GOOGLE dalam laman kami.(Mungkin agaknya alasan ini menyebabkan mereka sangat-sangat rakus untuk mengambil alih laman kami?) Adakah mereka akan mengiklankan ribuan pelanggan mereka yang sentiasa sedia memperkenalkan ribuan pengiklan berbayar supaya boleh menerobos masuk ke dalam rumah orang-orang Islam dan nantinya orang Islam lain akan menyangka bahawa laman web ini adalah milik Sheikh Estes dengan pasukan dakwahnya?.Atau sebetulnya memang mereka sangat benci terhadap Islam?Atau mungkin mereka tidak senang kerana menyaksikan terlalu banyak orang memilih Islam atas hasil usaha kami? Why does GOOGLE - sebuah syarikat gergasi yang telah membeli YOUTUBE dengan harga berbilion dollar - sedang berusaha pula merampas laman web kerdil kami? Good question. I think you know the answer. Adakah kita akan membiarkan sahaja mereka berbuat begitu tanpa kami memberitahu orang lain atas tindak zalim puak seperti mereka ini? Adakah kami akan duduk berdiam diri tanpa berbuat apa-apa serta membiarkan sahaja mereka memusnahkan hasil usaha yang telah kami kerjakan? kepercayaan penonton-penonton terhadap laman kami? dan yang paling besar adalah peluang yang bakal musnah untuk orang lain mengetahui tentang kebenaran Islam melalui saluran bahasa inggeris yang mudah difahami. We don't have to.

Kita boleh melakukan sesuatu, mungkin juga boleh kita hentikan tindakan mereka yang pengecut ini. Mari kita berganding bersama di antero dunia Islam, bersatu kita akan mampu mengubah.Sila hebahkan dan sampaikan kepada semua orang dan mereka juga boleh membantu dengan cara....

1. Dapatkan salinan utusan ini dan pastikan ianya mudah dibaca dan dimengerti.

2. Simpan salinan.

3. Edarkan kepada semua kenalan dan minta mereka juga mengedarkannya kepada kenalan yang lain.

4. Sertakan Mesej jelas bahawa : "Google sedang berusaha untuk merampas laman web Sheikh Yusuf Estes - http://www.youtubeislam.com/ Batu kami menyekat mereka - http://www.guideus..tv/"

 5. Hubungi orang yang anda kenal dan beritahu mereka mesej yang ingin disampaikan di atas.

6. Hantar email kepada Google dan katakan kepada mereka jangan curi laman web kami yang tidak mengandung iklan berbayar, laman web yang hanya menayangkan video mengenai keluarga, jangan ganggu biar kami yang menguruskan sendiri laman web kami.

7. Email Google dan katakan kita adalah pengguna terbesar kebanyakan khidmat yang disediakan oleh Google, katakan kita sangat bangga terhadapat khidmat yang diberi oleh Google untuk pengguna internet, tapi dalam masa yang sama tolong jangan rampas laman web yang berorientasi kekeluargaan milik kami untuk memperkenalkan kebenaran Islam dalam bahasa Inggeris.

8. Jika perlu hantarkan fax dengan isi yang sama kepada Google.

9. Hubungi akhbar tempatan, orang-orang TV dan radio katakan kami amat tidak senang dengan tindakan yang dilakukan oleh GOOGLE kepada laman web kami menyebarkan kebenaran Islam.

10. Cuba lakukan ini setiap hari sehingga berita ini tersebar dan didengari di seluruh pelusuh dunia.

11. Beritahu semua orang tentang siaran langsung pihak kami dalam laman web yang lagi satu. Betapa sangat pentingnya kita memiliki stesyen TV milik sendiri di Amerika - untuk orang2 Islam mendengarkan suara mereka.. A voice for Islam. Ini adalah laman web tentang program2 kami http://www.guideus.tv/

12. Berdoalah semua kepada Allah dan pohonkan supaya Dia memberikan limpah izinNya memberikan kemenangan supaya Islam dan WahyuNya dapat disebarkan dalam bahasa Inggeris. Terima kasih dan semoga anda dan keluarga anda dirahmati Allah dan semoga usaha2 anda direstuiNya untuk kebaikkan bersama, amin. Bahan bahan ini akan disediakan dalam laman web kami, insyaallah.
1. http://www.guideus.tv/
2. http://www.bridgetofaith.com/
3. http://www.watchislam.com/
Berdoalah kepada Allah supaya laman web tersebut berjaya diselamatkan untuk menyampai kebenaran Islam, ameen.

Jazakallah khair was salam alaykum, Yusuf Estes http://www.youtubeislam.%20com/ (while it lasts)
- Article on this site: http://www.islamnewsroom.com/ ARTIKEL ASAL [NOTICE: Effective August 5th,

2009 Google (owner of YouTube.com) will take over your domain name: YOUTUBEISLAM. COM.]

Sekadar renungan


Sekadar renungan, buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih.

Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun… “Mana emak? ”“Mak pergi menoreh,” jawabnya. “Mana bapak?”“Bapak pergi kerja…” “Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. “Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan. “Awak ada berapa orang adik-beradik?”“Sepuluh.” “Adik ni yang ke berapa?”“Saya yang kelapan.” “Mana abang-abang kamu pergi?”“Tolong emak menoreh.” “Adik puasa hari ini?”“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya. Gambar ini adalah sekadar hiasan... Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”. “Bapak kerja apa?”“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “. Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.

Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. “Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..” Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata ; “Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.” Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”“Cuma RM3.00 sehari.” “Ayahnya bekerja macam mana”“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.” Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Mulianya hati seorang anak


Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia Dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini. “Tapi Pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. “Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. “Apa bendanya terlolong-lolong in bang?” tanya Mak Pah. “Ada berita baik in Pah, nampaknya hajat Kita nak ke Mekah tahun in akan tertunai. Insya’Allah, dua bulan lagi Kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah TU dah melambai-lambai,”Cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-Seri. “Betul ke in bang? Baru semalam is Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak Ada dalam senarai.” “Betullah Pah oii…….. Saya in baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak TU kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan.”
“Mana Kita nak cari duit banyak TU bang? Tiga ribu TU bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.”
Mak Pah merenung gusar wajah suaminya. “Alah Pah, Kita mintalah tolong dengan Muaz Dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri.

Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-Seri. Dia yakin anak-anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. “Lusa Hari minggu, saya nak suruh budak-budak TU balik, boleh Kita berunding,” cadang Pak Uwei. “Kalau tak cukup bahagian saya TU, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok Kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu Kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak-anak.” Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei. “Pah…. Muaz Dan Balkis TU kan anak-anak Kita.
Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagipun selama in Kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak Kita TU tak akan menghampakan Kita kali in.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. “Tapi bang………..” “Dahlah…… pegi siapkan kerja awak TU, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak TU,” Pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya. “Insya’Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis. “Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau Dan Muaz. Intan TU Ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei. Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan denga Intan. Sikap degil Dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz Dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab.

Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing. “Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL TU. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang. “Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei. “Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam TU?” “Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL TU jahat Abah. Kerja apa Dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati.
Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan Cuba membuat Abahnya faham. “Kenapalah kau seorang in lain benar dari abang Dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis TU, tak pernah dia membantah cakap macam kau in!” “Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya. “Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. Aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.” “Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara. “Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya. “Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya. “Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz. “Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.” “Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.
“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya. “Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.
“Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis. “Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.” “Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei.
Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. “Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu. “Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya. “Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. “Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. “Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar. “Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?” “Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.” “Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah. “Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.”
Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.
“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.” “Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. “Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu.

Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain. “Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.
“Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu. “Abah ni…… ke situ pulak….” “Habis tu?”
“Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. “Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya.
“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah.

Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.” “Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. “Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. “Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.” “Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. “Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran. “Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. “Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. “Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?” “Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.” “Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu. “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh. “Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga. “Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.” “Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. “Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju. “Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. “Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. “Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa. “Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. “Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu. “Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. “Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?” “Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman. “Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata. “Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya. “Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. “Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah. “Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar. “Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. “Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya. “Kenapa Az…….. kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan. “Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. “Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang. “Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu. “Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah. “Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak…….. tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..” “Islam pada mulanya terasing, dan ia akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing”